Cili Padi Tersingkir, Duo adik beradik di sebalik topeng

Selesai sudah persembahan minggu kedua. Kita saksikan duo cili padi tersingkir selepas mendapat markah terendah pada minggu ini. Lebih menarik lagi tidak ada seorang juri pun yang meneka dengan betul pada minggu ini siapa di sebalik topeng comel cili padi ini.


Duo cili padi membawa lagu pening yang dinyanyikan oleh penyanyi asal Ezlynn. korang tahu tak siapa disebalik topeng tersebut?


Cili Padi Tersingkir, Duo adik beradik di sebalik topeng



kalau korang tengok KLU pada minggu ini, mereka memberi bayangan tempat ketiga dan tempat keempat. Selepas selesai persembahan pun, ramai sudah tahu dan dapat meneka siapa cili padi ini.


Rupanya diorang adalah duo adik beradik Amira Othman dan juga Irfan Haris. Patutlah suara diorang sedap gila bila buat persembahan.


Jadi terjawab sudah siapa yang terkantoi minggu ini. Minggu hadapan kita akan ada 12 lagi peserta yang akan beraksi di pentas minggu ketiga  The Masked Singer musim ke-4/


Selain itu, peserta Pom Pom Kin dan Putera Katak turut tersenarai dalam tangga tiga terbawah buat minggu kedua.


Siapa pula yang akan tersingkir pada minggu hadapan? ayuh sama-sama kita nantikan.


Post a Comment

Previous Post Next Post