Amira Othman Keliru format The Masked Singer Malaysia

Peserta yang tersingkir di minggu kedua The Masked Singer Malaysia 2023, Amira Othman dan adiknya Irfan Haris. Amira ketika ditanya dan mengakui bahwa dirinya masih keliru dengan format pertandingan ini walaupun tersingkir.


Amira Othman Keliru format The Masked Singer Malaysia



Amira pada mulanya menyangka misi utama adalah mengelirukan juri tetapi hakikatnya rancangan ini masih menitik beratkan unsur vokal dalam nyanyian.


Penyanyi cantik manis ini berkata; 


"Sebenarnya saya masih keliru lagi dengan bagaimana pertandingan ini dijalankan, jadi kita memang tukar cara nyanyian, kalau dengar pun tone minggu pertama lain, minggu kedua lain.


"Kita nak mengelirukan juri tapi minggu pertama Pak Nil cakap jangan tukar-tukar sangat, sebab pada akhirnya yang nyanyi tak sedap tu nanti yang terkeluar," katanya .


"Saya rasa ini satu pengalaman yang baru, apa pun terkeluar ke, sampai final ke, tak kisahlah, janji saya rasa saya dah enjoy perjalanan dalam Masked Singer ni," jelasnya.


Minggu ini Amira dan adiknya tersingkir selepas mendapat markah terendah berbanding peserta lain. Mereka juga yang mengenakan kostum cili padi berjaya mengelirukan juri tau.


Tahniah Amira dan Irfan.nyanyian korang memang padu tetapi tak ada rezeki nak ke final. kami puas hati dengar nyanyian anda.


Post a Comment

Previous Post Next Post