Vokalis Jinbara, Tia Meninggal Dunia

Nama Tia Jinbara memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kemerduan suaranya dalam kumpulan Jinbara memukau para pendengar. Kini suara itu sudah tidak boleh didengar lagi.

Sebentar tadi, Tia dikhabarkan telah meninggal dunia sekitar pukul 9.17 malam semalam tadi di Hospital Shah Alam, Selangor.


Vokalis Jinbara, Tia Meninggal Dunia



Tia atau nama sebenarnya Shamsul Bakthiar Zakaria menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun.


Perkhabaran ini disahkan oleh isterinya sendiri, Suzan Ahmad.

"Ya benar, di Hospital Shah Alam dalam pukul 9.17 tadi.

"Sekarang saya tengah uruskan dekat hospital," katanya.


Tia telah dimasukkan ke Hospital semalam kerana mengadu sakit perut. Tetapi hasil pemeriksaan dibuat, Doktor mengesahkan yang Arwah menghidapi masalah kanser Hati.

Isterinya, Suzan berusaha untuk mengumpul dana sebanyak RM 300,000 untuk kos rawatan Tia di India namun tidak kesampaian.

Kita doakan semoga Roh Tia di masukkan dalam golongan orang yang beriman dan beramal Soleh. Alfatihah.

Previous Post Next Post