Tok Ram Terkejut Dengan Persembahan Aliff Aziz Minggu 8

Macam kita sedia maklum, Aliff Aziz merupakan juara minggu ke 8 Allstar Gegar Vaganza baru-baru ini. Ramai yang terkejut dengan persembahan Alif Aziz semalam dan memberi pujian yang menggunung kepada Aliff.


Tok Ram Terkejut Dengan Persembahan Aliff Aziz Minggu 8



Begitu juga dengan ketua juri, Datuk Ramli MS yang turut sama terpukau melihat keyakinan dan juga kemampuan alif membawa lagu cek mek molek tersebut.


Ketika memberi komen selepas persembahan Aliff, Tok Ram berkata;


“Saya kenal kamu dari GV8 sebenarnya saya tertipu dengan kamu. Hari pertama rehersal kamu sebenarnya penyanyi leman. Saya dengar dia, jiwa tak boleh belajar, itu god given!


“Feel itu semulajadi, kalau pandai macam mana pun akan dengar fake, ini natural. Jiwa dia tebal dengan leman. Kalau saya jadi kamu, saya buat lagu leman, senang jual.


“Dengan imej macam ni, lagu leman, gerentilah!” puji Ramli.


Sementara itu, sahut Datuk Syafinaz Selamat, berkata


“Saya confuse sebenarnya, bila tengok Aliff ni pakai baju kilat-kilat pula, tapi berjayalah persembahan ni. Nampak macam Aliff lain, dari mula ohoi pun dah bagus.


“Good job, adakah ini direction muzik anda selepas ni?” tambah Syafinaz.


Tok Ram menambah komennya selepas konsert ketika ditanya media. Tok Ram berkata; “Saya memang terperanjat dengan Aliff, bunyi pertama yang keluar dekat telinga saya masa sesi latihan, saya terus pandang dia.


“Rasa macam tipah tertipu sebab saya tak jangka, suara dan feel yang keluar itu memang natural, god given.


“Anda semua telah dengar apa yang dia nyanyi, sangat natural, memang itulah jiwa dia, dia penyanyi Leman sebenarnya,” ujarnya.


“Hari ini saya bagi kredit pada semua sebab usaha, kerajinan dan kerja keras mereka, itu yang saya mahukan.


“Biar mereka belajar, saya harap mereka ambil pembelajaran minggu ini bawa ke minggu hadapan. Belajar lagu apa yang mereka minta.


“Mereka yang mempunyai bakat dianugerahkan Tuhan itu sangat bertuah dan jangan bazirkannya. Apa yang Tuhan berikan itu gunakan sebaik mungkin,” ujarnya.

--

Harap Aliff aziz teruskan momentum sebegini menjelang aksi final yang akan berlangsung pada bulan hadapan. 


Mampukah Alif menjuarai Allstar Gegar Vaganza kali ini?

Post a Comment

Previous Post Next Post