Tok Ram Dedah Sebab Ezad Tersingkir

Menyanyikan lagu Seksa oleh kumpulan Ukays, Ezad Lazim gagal menarik perhatian juri yang akhirnya membawa kepada penyingkiran penyanyi lagenda dari kumpulan Exist ini.


Tok Ram Dedah Sebab Ezad Tersingkir


Ketua Juri, Datuk Ramli MS mendedahkan kenapa Ezad mendapat markah rendah adalah kerana nyanyiannya hilang melodi.

Tok ram berkata selepas konsert dalam satu sidang media,


“Adoi, melodi ni sangat merdu tapi mana melodinya?

“Kamu menyanyi kebanyakan nada kamu kucar-kacir. Lagu ni melodinya ringkas dan harus disampaikan dengan konsisten.


“Sebutan pun kurang jelas, banyak kemam. Tak ada apa-apa yang istimewa,” komen Ramli.


Datuk Ramli juga menambah komentarnya ketika sidang media selepas konsert dengan berkata;


“Depan tu dia agak goyang sangat, melodi tu saya tak dengar, tak nampak.


“Tapi saya tak salahkan arrangement, kalau anda menyanyi walaupun tanpa instrument, saya preferred. Sebab bila kami menjuri, muzik tu kami buang,” katanya.


“Ada muzik tetapi bila menjuri otak kami seratus peratus memberikan fokus terhadap suara sahaja. Dia tidak rosakkan lagu itu cuma dia tidak disampaikan dengan cara sepatutnya,” katanya.


“Sesi latihan sebab ada panduan, bila dia cuba depan kamera, tiada penonton tak ada masalah. Jadi bila ada penonton, ada tv, ada kamera, berkemungkinan itu memberikan tekanan.


“Boleh jadi itu merupakan antara sebab mengapa persembahannya begitu. Dengan keadaan orang memekik, mungkin secara tidak langsung situasi itu memberikan tekanan padanya,” ujarnya.

--

Memang sejak dua tiga minggu ini, Ezad sering mendapat komentar pedas dari juri. Sebagai penonton juga tidak nampak banyak perubahan yang dilakukan ezad berbanding GV2 dahulu.

Namun begitu, Ezad lazim tetap memenangi hati peminat dengan lagu-lagu hitsnya. Semoga ezad terus berjaya di luar sana.

Post a Comment

Previous Post Next Post