Tiada Suara, Jaclyn Victor Tetap Jadi Juara Minggu 9

 Minggu ke sembilan Allstar Gegar Vaganza kali ini kita melihat kejutan berlaku apabila Jaclyn Victor kembali menghuni tangga pertama setelah sekian lama tidak berada di kedudukan tersebut.


Pada minggu ke 8 pula Jaclyn victor sekadar berada di kedudukan 5 sahaja. Lebih menarik apabila Jaclyn yang menghidap Laryngitis berjaya membawa dan membuat persembahan dengan baik bersama rakan duetnya. 


Tiada Suara, Jaclyn Victor Tetap Jadi Juara Minggu 9



Jac memilih Nadeera Zaini yang juga bekas peserta Big Stage sebagai rakan duetnya untuk lagu All I Ask nyanyian asal oleh penyanyi terkenal Adele.


Nyanyian Nadeera mendapat pujian daripada 3 orang juri yang berpuas hati dengan suara dan atonasi suaranya dalam menyanyikan lagu tersebut. Malah Bonda hetty secara terus terang memberi green light kepada Nadeera untuk mula merakam album baru secepat mungkin.


Disebabkan gandingan mantap itulah memberi kelebihan buat Jaclyn victor yang hadir membuat persembahan dengan kekurangan suaranya.


Malah Tok Ram juga mendedahkan yang Nadeera banyak menyelamatkan Jaclyn malam konsert minggu 9 dengan memberi input yang sepatutnya dalam persembahan tersebut.  Kalau tidak Jac pun boleh tersingkir tau.


Kita dapat lihat dan dengar yang Jaclyn tidak bermain dengan note tinggi seperti kebiasaan yang dilakukan jaclyn di setiap minggu gegar vaganza.


Tapi dia tetap mengharmonikan lagu ini dan berjaya menarik perhatian juri dengan kemerduan suaranya. Tahniah Jaclyn Victor dan welcome back to no 1 !

Post a Comment

Previous Post Next Post