Telefilem Kari Ayam Mama

Jangan lupa tonton telefilem kari ayam mama yang kali pertama di tayangkan di slot cerekarama pada 11.11.2023. cerekarama ini juga pernah ditayangkan di TV9 sebelum ini pada 23 November 2021. Antara pelakon utama dalam cerita ni adalah Amyra Rosli dan Izzue Islam.

Apa pula kena mengena kari ayam dengan juga mama? tak sedapkah masakan kari ayam mama tu?


Telefilem Kari Ayam Mama



Sinopsis Kari Ayam Mama

Telefilem kari ayam mama mengisahkan tentang seorang gadis cantik bernaama NIA. Dia sangat cantik dan menjaga penampilannya.

Disebabkan terlalu cantik dia menjadi perhatian para lelaki. Nia pula tidak mahu menerima lelaki sebagai teman istimewa dalam hidupnya.

Nia ni setiap pagi akan menyiram pokok kari yang ada depan rumah dia. biila pokok tu dah besar, Raj jiran baru dia buat hal dan ambil pokok tu.

Jadi Nia pun selalu bertengkar dengan Raj. tapi lama kelamaan Nia tertarik dengan Raj dan mula belajar masak kari dari jiran yang berbangsa india yang lain.

Lama kelamaan, Nia berjaya memikat hati Raj. Tapi bolehkah mereka di satukan atau ada pertikaian yang berlaku? kalau nak tahu kenalah tonton telefilem KARI AYAM MAMA ini pada hari Sabtu ini.

Info dan Pelakon

Cerekarama kari ayam mama ini kalli pertama ditayangkan di TV9 dan kini akan ditayangkan pula di tv3 pada sabtu ini. Ia merupakan karya arahan Ismail Bob Hasim.

Berikut merupakan pelakon yang terlibat dalam cerita ini.

  • Amyra Rosli
  • Izzue Islam
  • Rahim Razali
  • Melanie Tan
  • Eryn Gani
  • Ranjini Devi

Aku boleh kata jalan cerita cerekarama kali ini memang lawak dan romantik. Ditambah pula di tayangkan di hujung minggu pasti menarik minat para penonton. Sesuai sangat di tonton seisi keluarga tau. Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post