Siti Nordiana: Suara Achik Spin Mahal, merdu dan Lunak

Baru-baru ini, Siti Nordiana ada mendedahkan mengenai kisah percintaannya dengan Achik Spin. Namun begitu ada juga yang kurang senang dengan pekongsian tersebut. Nana juga berkata dia hanya menjawab persoalan yang di lontarkan media kepadanya.




Siti Nordiana: Suara Achik Spin Mahal, merdu dan Lunak



Jadi tiada apa-apa isu pun sebenarnya. Nana juga berkata dia pernah menulis perkara tersebut dalam biodarafinya sendiri yang telah dikeluarkan pada 8 tahun yang lalu. 

Siti Nordiana juga berkata; 

“Sebenarnya, cerita tentang arwah Achik tu… sebab ada orang bertanya. Menurut soalan itu, mereka kata betul ke saya pernah bercinta dengan Achik. Tapi, kisah ini bukanlah sesuatu yang baru.


“Sebab saya sendiri pernah cakap dalam autobiografi saya yang saya lancarkan sekitar lapan tahun lalu. Cinta monyet je, bukan betul sangat pun,” katanya kepada Gempak.


“Bagi saya, jenama Achik dan Nana tu macam sudah sinonim dengan penggemar dan peminat. Percubaan duet dengan rakan artis lain bukannya tak berjaya, cuma tidaklah sebanyak rakaman lagu duet dengan arwah Achik.

“Kadang-kala rindu juga (dengan Achik). Sebab saya sempat rakam dua buah album duet dengan arwah. Suara dia tu yang mahal. Merdu ada, lunak pun ada,” katanya lagi.


Previous Post Next Post