Siti Nordiana Buat Kejutan, Kembali Cabar Kejuaraan Allstar Gegar Vaganza

Siti Nordiana Buat Kejutan, Kembali Cabar Kejuaraan Allstar Gegar Vaganza. Ramai peminat terkejut melihat persembahan siti Nordiana dalam konsert suku akhir allstar gegar vaganza untuk minggu ke 10. Ini kerana siti nordiana kembali dengan persembahan mantapnya seperti sebelum ini.


Sejak beberapa minggu Nana agak bergelut dengan prestasi tetapi kini dia kembali menghiasi pentas allstar gegar vaganza.


Siti Nordiana Buat Kejutan, Kembali Cabar Kejuaraan Allstar Gegar Vaganza



Pada minggu ke 10 semalam, Nana menyanyikan lagu berbahasa india iaitu Mehndi Laga Ke Rakhna (Lata Mangeshkar, Udit Narayan) dan lagu berbahasa melayu bertajuk Ayam Den Lapeh (Elly Kasim).


Nana tampil bertenaga dan mendapat pujian daripada juri selepas selesai menyanyikan lagu tersebut. 


Siti nordiana juga membawa ramai penari latar pada minggu ini dan mereka banyak membantu Nana dalam menghidupkan pentas Nana.


Pujian diberikan kepada Nana sebab berjaya membawa lagu berbahasa India dengan baik walaupun jarang menyanyikan lagu hindustan kan. Kalau korang perasan memang nampak nana santai jer menyanyi dan kurang membuat kesilapan dalam persembahan tersebut.


lagu kedua pula memang makanan Nana, Loghat negeri sembilan yang sudah biasa dengan Nana menjadikan dia begitu mudah untuk membawa lagu Ayam den lopeh.


Minggu hadapan Nana akan beraksi di pentas separuh akhir allstar gegar vaganza dan akan menyanyikan lagu bertajuk Hampa Hatiku (Ungu) & Sudah Ku Tahu (Projector Band). 


Dapatkah Siti Nordiana layak ke final allstar gegar vaganza pada 10 disember nanti? Sama-sama kita nantikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post