Sebagai Penyanyi Kamu Tak Boleh Menyanyi Sumbang - Datuk Ramli MS

Mengulas mengenai persembahan Nikki Palikat yang menyanyikan lagu Semakin Rindu semakin Asyik, Daatuk Ramlis MS menyifatkan seorang penyanyi itu tidak boleh menyanyi dalam keadaan sumbang.


Sebagai Penyanyi Kamu Tak Boleh Menyanyi Sumbang - Datuk Ramli MS



Datuk Ramli MS berkata ; “Asas melodi, pitch it is compulsory. Sebagai penyanyi kamu tak boleh menyanyi sumbang.

“Mungkin boleh sumbang tapi not that obvious, tapi ini okey.

“Cuma saya nak bagitahu, asas penyanyi tak boleh sumbang. Hold the melodi, jiwa tak ada sebab ia satu tugasan untuk belajar.

“Untuk pertama kali, saya okey, tak ada complaint. Sebagai penyanyi, sumbang diharamkan!” ulas Ramli.

Datuk Syafinaz juga memberi komen mengenai pakaian Nikki dengan berkata ; “Saya risau sebab kamu cuba jadi orang lain bila nyanyi lagu ini, kamu sepatutnya jadi diri sendiri cuma inject sedikit perbezaan dalam nyanyian.

“Bila saya tutup mata saya tak tahu Nikki yang nyanyi. Ia bukan sesuatu yang menarik dalam pertandingan ini.

“Seperkara lagi, saya tak pasti sama ada baju itu terlalu ketat atau apa? Juga menyebabkan nyanyian kamu, ini perkara yang perlu dititik beratkan. Bila baju ketat tak boleh nak expand (baju).

“Bila orang kata pakai korset lagi bagus, itu salah! Next time jangan ketat sangat,” jelas Syafinaz.


Previous Post Next Post