" Saya terpaksa ambil steroid pada minggu ' Noryn Aziz

Noryn Aziz mendedahkan yang dia telah mengambil suntikan steroid bagi menyelamatkan peti suaranya pada minggu lalu. 


Noryn berkata suaranya mula menjadi serak dan teruk menyebabkan dia terpaksa berjumpa dengan pakar bagi memastikan suaranya tetap ada untuk bertanding. 


" Saya terpaksa ambil steroid pada minggu ' Noryn Aziz



Minggu ini Noryn berduet dengan Dia Fadhila dengan membawa lagu tegar nyanyian asal Rossa. Namun dia terpaksa akur kerana tersingkir pada minggu ini.


Noryn berkata; 


“Mungkin sudah terlalu stres untuk pertandingan ini sehingga saya perlu mengambil suntikan steroid dan Allah SWT juga mungkin kata sudah-sudahlah (berhenti bertanding), sebelum jadi ting-tong (gila).


“Saya terpaksa ambil steroid pada minggu lalu, sebelum ini tidak pernah pun sebab suara sudah terlalu serak dan hampir hilang," katanya 


"Perasan ya tangan saya menggigil? Sebenarnya kerap juga saya alami anxiety sepanjang bertanding GV10.


"Tangan saya memang akan menggigil tetapi agak sukar nak jelaskan situasi tersebut. Kepala saya juga akan rasa pening sedikit seperti tidak stabil," ujarnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post