Saya Ke GV naik Truck Polis

Walaupun di atas pentas kita nampak Ezad sangat rileks dalam melakukan persembahan tetapi sebenarnya ada masalah besar yang menimpa dirinya dan keluarganya. 

Rupanya kawasan tempat tinggal ezad dilanda banjir. Malah dia juga memberitahu menerusi instagramnya yang dia keluar ke GV pun dengan bantuan pihak Polis dengan menggunakan truck polis.


Saya Ke GV naik Truck Polis



Pada masa yang sama, Ezad mengucapkan terima kasih kepada abang-abang polis kerana sudi membantu dirinya pada malam semalam. 

Ezad berkata; 

“Kawasan nak masuk rumah saya dah memang ada penghadang dah. Jadi saya tak boleh nak masuk ke rumah saya.

“Tadi masa saya keluar pun memang saya tumpang truck Polis nak pergi buat GV. Nasib baik ada abang-abang Polis ni semua.

“Doakan samoga dipermudahkan urusan kami, memang dari dulu kawasan sini selalu banjir. Selalu air naik.

“Harap ada tindak balas dan respon daripada pihak yang berkenaan tentang kawasan kami. Memang macam inilah selalunya masalah melanda kami,” jelasnya menerusi satu video pendek.

Post a Comment

Previous Post Next Post