Ramai Suruh Saya Cucuk ... - Jaclyn Victor

Seperti sedia maklum, Jaclyn victor yang menghadapi masalah kesihatan, Laryngitis pada minggu lepas dan berlarutan sehingga minggu ini. 


Keadaan Jac sebenarnya merisaukan rakan-rakan sekeliling sehinggakan ada yang meminta Jaclyn mengambil steroid untuk mengurangkan kesakitan.




Ramai Suruh Saya Cucuk ... - Jaclyn Victor



Jac mendedahkan perkara tersebut dan menambah yang dia sudah berjumpa dengan pakar terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk tidak mengambil suntikan steroid bagi mengurangkan kesakitannya.


Jaclyn berkata kepada gempak.com ;

“Ramai yang cakap dengan saya, ‘Jac, tolong pergi cucuk. Jadi saya minta nasihat pakar, dengan harapan dia cakap ok. Tapi dia kata jangan cucuk.


“Sebab dia kata, ada orang pernah kena brain damage akibat suntikan berkenaan. Mungkin sebab steroid dia terlampau tinggi. Pakar itu nasihatkan saya supaya banyakkan rehat.


“Sambil rehat tu, hari-hari saya berdoa, supaya saya pulih dengan segera. Maklumlah, minggu ni lagu English best, duet pula tu dengan penyanyi best. Tiba-tiba tak boleh nyanyi. Memang risau. Tapi hari ke hari lepas banyak rehat, suara saya ok sikit,” katanya 


Kita doakan agar jaclyn segera sembuh dan dapat beraksi di atas pentas final nanti jika layak ke pusingan akhir. Suara JACLYN sentiasa dirindui oleh peminat-peminatnya.


Previous Post Next Post