Persembahan Naqiu Kuda Hitam Menggerunkan

 Minggu ke lapan persembahan Naqiu juga agak ada kelainan. Walaupun persembahan peserta lain menghiburkan kerana ada sketsa dan lawak komedi. Tetapi persembahan Naqiu pula menyeramkan penonton.


Naqiu mendapat lagu Kuda Hitam yang merupakan lagu asal kepada Juri Allstar Gegar Vaganza, Hetty koes endang atau lebih dikenali sebagai Bonda Hetty.


Persembahan Naqiu Kuda Hitam Menggerunkan



Memakai kostume seakan-akan dalam scene kuda kepang dengan matanya yang menakutkan, Naqiu berjaya memberi satu karakter baru dalam persembahannya.


Selain itu, bantuan dari penari latar dan jalan cerita persembahan Naqiu minggu ini jelas dan mudah difahami. Bonda Hetty turut sama memuji persembahan Naqiu.


Bonda juga salute dengan usaha yang telah dilakukan oleh Naqiu dalam menjayakan lagu Kuda Hitam tersebut.


Bonda Hetty Koes Endang berkata “Naqiu tantangan yang berat ini lagu perempuan, tiba tiba kamu yang terpilih aduh nakal. Menurut bunda kamu sudah berusaha, bagus, semua kamu nyanyi ada karakter. Ada variasi ada silat, semuanya okay tapi satu je topi kamu besar. Usaha kamu itu yang saya salute. Bagus!'


Naqiu memperoleh markah 77.5% minggu ini dan berada ditempat kedua di belakang Aliff Aziz yang lebih baik dan lebih mantap persembahannya.

Tak sabar pula nak tengok persembahan Naqiu minggu hadapan. korang macam mana?

Post a Comment

Previous Post Next Post