Persembahan Aliff Aziz bertenaga di Minggu 9

 Persembahan Aliff Aziz bertenaga di Minggu 9. Malam ini aliff aziz menyanyikan lagu Jampi dan berduet dengan penyanyi Zaki Yamani.

Zaki juga merupakan anak kepada lagenda pop kita iaitu Jamal Abdillah dan dia juga mempunyai suara yang sedap dan besar. dan sungguh menarik perhatian penonton.


Persembahan Aliff Aziz bertenaga di Minggu 9


Permulaan nyanyian yang sangat mantap diantara kedua-dua mereka. Alif pula banyak mendominasi persembahan dan memang seharusnya peserta melakukan itu. Good Job!

Bertemakan bunga sakura dan jepun. Aliff memakai baju samurai jepun bersama dengan Zaki yamani berjaya menghidupkan suasana dan persembahan mereka.

Dan yang paling penting mereka mendapat pujian daripada tok ram malam ni. Tok RAM juga sempat bagi pesanan kepada Zaki supaya terus humble dalam berkarya.

Nasihat ini sangat berguna terhadap zaki dan juga diri kita semua.

Post a Comment

Previous Post Next Post