Penyanyi Terkenal Buat Persembahan di Final Allstar Gegar Vaganza

Baru-baru ini ketika konsert allstar gegar vaganza, Nabil dan jihan ada bongkarkan satu rahsia final asgv nanti. Mereka telah mendedahkan nama-nama besar yang akan membuat persembahan dalam majlis tersebut.


Penyanyi Terkenal Buat Persembahan di Final Allstar Gegar Vaganza



Nabil dan Jihan umumkan yang artis terkenal yang membuat persembahan nanti adalah seperti Ella, Aina Abdul dan juga Dayang Nurfaizah.


Ini merupakan penampilan istimewa daripada penyanyi-penyanyi hebat ini. Selain itu ada seorang lagi tetamu istimewa yang akan membuat persembahan. Tetapi tetamu ini dari luar negara tau. 


Siapakah dia? kalau korang nak tahu kenalah tonton konsert final allstar gegar vaganza nanti.


Oh ya, ramai tanya harga tiket konsert final nanti kan. 


Harga-harga tiket adalah seperti berikut: All Stars - RM688 Gegar - RM468 Vaganza - RM368 Vazz - RM288 Terangkat - RM188 Menyengat - RM128 Bintang - RM88.


Bagi pembeli tiket All Stars berharga RM688, caj tiket sebanyak RM4 bakal dikenakan.


Begitupun, pemegang tiket ini layak menyertai sesi Meet & Greet yang akan diadakan pada hari sama pukul 3 hingga 5 petang di Axiata Arena.


Selain itu, pemegang tiket juga bakal menerima merchandise All Stars Gegar Vaganza.


Istimewanya, 10 peratus daripada hasil jualan tiket bakal disalurkan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin.


Sementara itu, pelanggan Astro boleh menikmati diskaun sebanyak RM100 dengan pembelian tiket dilakukan menerusi aplikasi MyAstro.

Post a Comment

Previous Post Next Post