Noryn Aziz tersingkir di minggu ke 9

Selesai sudah konsert minggu kesembilan, satu nama sahaja di umumkan bagi penyingkiran minggu ini. Peserta dan bintang allstar gegar vaganza yang tersingkir adalah Noryn Aziz.


Noryn menyanyikan lagu Tegar yang merupakan lagu asal Rossa tidak dapat menarik perhatian juri tetap kita. Kalau diperhatikan secara live di TV, nyanyian Noryn dengan Dia fadila sangat mantap dan sangat harmoni.


Noryn Aziz tersingkir di minggu ke 9


Sebab itu persembahan tersebut mendapat pujian daripada juri, Datuk Syafinaz. Walaupun mendapat pujian menggunung sewaktu persembahan tetapi Noryn tetap tersingkir pada minggu ini.


Begitu juga dengan pandangan admin yang dah lama tengok GV ni. 


Noryn merupakan satu-satunya peserta yang pandai cari partner duet dan pandai membahagikan bahagian-bahagiannya dengan baik terhadap rakan duet.



Dalam pada itu Noryn mengucapkan terima kasih kepada peminatnya, juri dan pihak astro yang telah memberi ruang kepada dia untuk beraksi dan membuat persembahan.


Noryn berkata;  



“Terima kasih kepada peminat, judges dan Astro sebab beri ruang untuk saya di sini. Untuk my team saya harap dapat pergi jauh tapi rezeki sampai sini sahaja,” katanya.


Maka berakhir sudah perjalanan Noryn dalam Allstar Gegar Vaganza atau lebih dikenali sebagai GV10. Peserta mana pula yang akan melangkah keluar dari rancangan ASGV minggu hadapan?


Sama-sama kita nantikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post