Naqiu kembali capai KPI Tok Ram, Juara Minggu 10

 Naqiu kembali capai KPI Tok Ram, Juara Minggu 10. Persembahan Naqiu untuk minggu suku akhir memang lain daripada lain. Banyak drama dan yang paling penting persembahannya mencapai KPI yang tok Ram katakan.


Minggu lepas, Naqiu minta maaf kepada semua kerana persembahannya tidak mencapai KPI yang ditetapkan sehingga menyebabkan kedudukannya tergugat. Tetapi minggu ini dia kembali menghiasi tempat pertama persembahan mingguan.


Naqiu kembali capai KPI Tok Ram, Juara Minggu 10



Pada Ahad, Naqiu menyanyikan lagu Ala Emak Kahwinkan Aku & Bol Raadha Bol Sangam. Hasil persembahannya itu dia mendapat 75% dan menduduki tempat pertama.


Dalam pada itu, Tok Ram yang memberi komen persembahan Naqiu pada minggu ini memuji tindakan dan taktikal yang dilakukan Naqiu bagi menghidupkan lagu yang dinyanyikan.


Tok Ram berkata; 

 "Lagu hindustan tu feel cun, tapi menari plastik nak mati. Lepastu sebutan kira ok la, tapi feel tu best. And then lagu Ala Emak Kahwinkan Aku tu kenapa mata sesumpah tu,"


sebagai penonton pula, aku boleh katakan naqiu kembali menemui rentak dengan persembahannya minggu ini. berjaya membawa lagu hindustan dengan baik walaupun tak fluent tapi baik.


Bahkan penceritaan yang dibawa ketika menyanyikan lagu ini sangat sampai ke penonton dan memudahkan penonton memahami lagu tersebut.


Good luck Naqiu dan harap dapat ke Final nanti?

Post a Comment

Previous Post Next Post