Naqiu ada Masalah Vocal Cord

Kehebatan suara Naqiu yang kita dengar selama ini namun kita tidak tahu yang penyanyi dan juga peserta allstar gegar vaganza ini mempunyai masalah kesihatan berkaitan suaranya itu.

Penyanyi ini juga sentiasa menjadi tumpuan selepas Tok Ram meletakkan dia sebagai KPI kepada para peserta-peserta lain untuk membuat persembahan terbaik mereka setiap.


Naqiu ada Masalah Vocal Cord


Naqiu mendedahkan yang dia mempunyai amasalah vocal cord kerana dia tidak menjaganya dengan baik tetapi sejak masuk GV7 dia sudah mula merujuk pakar dan merawatnya.

Naqiu berkata;  

“Juri yang paling concern pasal kondisi vokal saya. Suara ni kalau tak kontrol terlalu serak dan parau. Vocal cord saya memang ada 'parut kekal' kerana 12 tahun menyanyi dekat kelab sebelum ini.

“Tak pernah jaga dan main lanyak je nak cari duit. Tapi sejak GV6, saya refer kepada pakar dan consistent ambil ubat.

“Kali ni ada vocal coach yang bantu sebab saya berusaha untuk sihatkan semula vocal cord yang problem ni. Suara nak pakai lama, nak guna cari rezeki untuk keluarga kan,” kongsinya.

Naqiu juga memberi ucapan terima kasih kepada para juri kerana banyak membantunya dengan ilmu-ilmu baru menerusi komen yang mereka beri ketika konsert setiap minggu. 

Naqiu juga seronok bila dapat belajar mengenai vocal menerusi Tok Naz atau Datuk Syafinaz.

“Terima kasih toknaz sebab dah tiga minggu bagi komen yang boleh saya belajar dan ambil serius. Selain vocal, toknaz dan semua juri acknowledge aspek kreatif lain mcm konsep persembahan, idea dan usaha usaha yang cuba saya tunjuk setiap minggu. Alhamdulillah…

“Perform dua minit setengah je, tapi persediaan tu boleh stress. Music arrangement, props, konsep, kareografi, pakaian semualah.

“Nasib baik saya ada manager dan team MO yang sangat membantu. Jadi sangat gembira kalau semua usaha kami juri nampak.

“Insya-Allah saya akan cuba perbaiki persembahan dan vokal setiap minggu kalau ada rezeki lagi dalam GVX. Korang doakan kesihatan saya baik dan semua plan dipermudahkan,” coretnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post