Nana Syukur Persembahannya berjalan lancar

Kejutan luar biasa yang ditunjukkan oleh penyanyi yang juga peserta Allstar Gegar Vaganza, Siti Nordiana menyanyikan lagu bahasa inggeris pada minggu lalu. 


Malah dia juga mendapat pujian dari segi sebutan inggeris yang jelas selepas menyanyi kan lagu baby one more time nyanyian asal Britney Spears. 


Nana Syukur Persembahannya berjalan lancar



Nana berkata dia bersyukur persembahannya berjalan lancar dan mendapat respon positif dari juri dan juga daripada penonton.


Nana juga mendapat markah 62.75% dan berada di kedudukan keenam berbanding 10 peserta lain pada minggu ke 8 ini.


Siti nordiana berkata kepada gempak.com ; “Saya belajar dengan cara mendengar cara nyanyian Britney berkali-kali dan ikut sebutan dia sebab Bahasa Inggeris ni bukan bahasa perbualan harian kita.


“Dalam masa yang sama saya juga ada bertanyakan pada anak sama ada sebutan saya ini betul atau pun tidak.


“Banyak rujuk pada anak dan bila tanya dia jawab bolehlah tu mama,” katanya.


“Alhamdulillah, apabila Datuk Syafinaz puji sebutan saya boleh tahan, pada masa itu saya rasa bersyukur sangat.


“Sebenarnya saya paling takut dengan Datuk Syafinaz sebab dia paling teliti dari segi sebutan berbahasa Inggeris,” ujarnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post