Jangan bandingkan. Kak Nana telah memberikan .. - Shila Amzah

Minggu ini dua rancangan nyanyian mempersembahkan satu lagu yang sama. Gegar Vaganza dan juga Family Duo 3 mempersembahkan lagu Baby One More Time di dalam konsert mingguan mereka.


Jangan bandingkan. Kak Nana telah memberikan .. - Shila Amzah




Lagu itu dinyanyikan oleh siti nordiana di GV Allstar, manakala di Family Duo 3 pula lagu itu dinyanyikan oleh pasangan adik beradik Shila Amzah dan juga adiknya.

Ramai juga peminat bertanya kepada Shila sama ada dia sengaja memilih lagu itu walaupun sudah mengetahui Nana akan menyanyikan lagu tersebut?

Shila tampil mempertahankan pendiriannya dengan berkata; 

"Tapi kita memamg minat Britney Spears wak, sebab tema dia idola minggu ini," jelas Shila.


"Saya diinspirasikan daripada VMA tahun 1999, korang patut lihat sendiri. Saya sudah tahu setiap butir bicaranya dan tariannya pada konsert tersebut," ujarnya.


"Jangan bandingkan. Kak Nana telah memberikan suntikan elemennya dan nampak comel, manakala saya pula peminat tegar Britney Spears," tegasnya.


Shila juga mengatakan dia membuat persembahan itu berdasarkan satu konsert Britney spears yang pernah dilangsungkan sebelum ini. 


Previous Post Next Post