Hati Kama adalah Karya Masterpiece Allahyarham Pak Ngah - Noraniza Idris

Bekas peserta gegar vaganza dan juga ratu irama Malaysia, Noraniza idris menyatakan lagu yang dinyanyikannya secara duet dengan Liza Hanim iaitu Hati Kama mempunyai sejarah dan keunikan tersendiri.


Kak Ani juga mengatakan lagu ini merupakan lagu masterpiece ciptaan Allahyarham Pak Ngah dan dia dapat berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza. 


Hati Kama adalah Karya Masterpiece Allahyarham Pak Ngah - Noraniza Idris


“Hati Kama ini merupakan sebuah lagu duet yang lain daripada lain. Benar, saya ada lagu duet lain, tapi tak sama dengan Hati Kama. Lagu ini merupakan karya masterpiece Allahyarham Pak Ngah.


“Lagu ini seperti ada penceritaan sehingga mengeluarkan rasa dari dalam. Ia sangat unik bagi saya. Tambahan pula, masa kita nak naikkan genre Irama Malaysia ketika itu, kita berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Hal ini membantu secara tak langsung membawa Irama Malaysia ke peringkat yang seterusnya,” katanya 


Kak Ani juga berkata, persembahan pada malam ke sembilan baru-baru ini mengikut konsep yang telah ditetappkan oleh Liza Hanim..


“Konsep persembahan Liza yang urus, saya ikut apa yang Liza nak. Dari segi keseluruhan, kalau peminat lagu Hati Kama rasa terubat rindu, saya berasa bersyukur.


“Maklumlah, pentas Gegar Vaganza ini ramai peminat, ditonton seluruh Malaysia dan juga Singapura serta Brunei. Dan saya percaya, mereka memang ternantikan persembahan yang meriah-meriah sebegini,” katanya lagi.

--

Nyanyian duet Liza Hanim dengan Noraniza Idris mendapat pujian penonton dan juri. Gandingan ini sangat memberi kesedapan dan keenakan dalam mendengar lirik dan bait lagu ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post