Hady Mirza Buat Persembahan Memukau! No 1 Minggu ketujuh!

 Masih terngiang-ngiang lagu nyanyian Hady Mirza dalam persembahan minggu 7 Allstar gegar vaganza 2023 semalam. Hady Mirza membawa lagu Romantika nyanyian Aweera dan kumpulan Mojo.

Hady bermula dengan baik dan memberi persembahan terbaik sehingga selesai. Permulaannya tenang dan di akhiri dengan klimaks yang tinggi.


Hady Mirza Buat Persembahan Memukau! No 1 Minggu ketujuh!


Lagu ini bukan mudah untuk dinyanyikan kerana mempunyai nada suara yang tinggi yang selalu memerangkap penyanyinya. Sehinggakan ia dikatakan hanya sedap di dengari apabila Aweera yang menyanyikan lagu tersebut.


Namun semalam, Hady mirza berjaya membuktikan kehebatan suaranya dengan menyanyikan lagu ini dengan tenang.


Dia juga mendapat standinng Oviation dari Juri tetap Hetty Koes endang dan juga Aweera sekali yang turut hadir memberi semangat kepada Hady.


Tok Ram turut memuji persembahan Hady dan mahu menjadikan ia sebagai KPI kepada para peserta yang masih kekal bertanding pada minggu hadapan.


Bonda Hetty juga menasihakan Hady dan juga para peserta lain agar tidak terlalu selesa apabila sudah buat persembahan yang memukau.


Mungkin kerana masih jauh perjalanan minggu hadapan yang masih berbaki 5 minggu.

Untuk rekod, Ezad Lazim tersingkir pada minggu ketujuh dan menjadikan ia peserta keenam tersingkir musim ini.

PERSEMBAHAN HADY MIRZA

Berikut merupakan persembahan hady mirza minggu ke 7 semalam ya.





Post a Comment

Previous Post Next Post