Good Job Aliff! - Datuk Syafinaz

Persembahan mantap daripada Aliff Aziz minggu ini juga mendapat perhatian datuk Syafinaz atau lebih dikenali sebagai Tok Naz. Aliff yang bawa lagu Cek Mek Molek pada minggu ke 8 merupakan juara mingguan untuk kali ini.


Good Job Aliff! - Datuk Syafinaz


Diminta untuk mengulas persembahan Aliff ketika di konsert, Datuk Syafinaz berkata yang dia juga terkejut dengan perubahan dan penampilan baru Aliff.

Lebih bermakna lagi apabila Tok Naz mengatakan penampilan Aliff seakan-akan penyanyi asal lagu tersebut iaitu Datuk M.Daud Kilau. 

Tok Naz berkata; 

“Saya confuse sebenarnya, bila tengok Aliff ni pakai baju kilat-kilat pula, tapi berjayalah persembahan ni. Nampak macam Aliff lain, dari mula ohoi pun dah bagus.

“Good job, adakah ini direction muzik anda selepas ni?” tambah Syafinaz.

-- 

Semoga dengan pujian dan sokongan ini dapat meningkatkan lagi momentum Aliff dalam gegar vaganza musim ini. Dah beberapa minggu Aliff mendapat komen pedas dari juri dan ternyata ini comeback daripada Aliff.

Tahniah Aliff.

Post a Comment

Previous Post Next Post