Azharina Tidak Mahu Penyakit Kroniknya Menggangu Persembahannya.

Disebalik keceriaan Azharina di atas pentas, rupanya dia menanggung satu penyakit yang diletakkan dalam kategori bahaya. Azharina menjelaskan dia tidak mahu penyakit itu menggangu persembahannya di atas pentas allstar gegar vaganza 2023.


Azharina Tidak Mahu Penyakit Kroniknya Menggangu Persembahannya.


Malah dia juga membuat banyak persediaan terutamanya bagi mengelak dirinya cepat penat. Selain itu dia juga sentiasa mencuba menaikkan staminanya bagi memastikan dia boleh bersaing dengan peserta lain.


Bercakap kepada media selepas persembahan minggu ke 7, Azharina berkata ; “Saya baru dapat tahu tentang penyakit ini tahun lepas dan boleh dikategorikan sebagai berbahaya. Agak mengganggu dari segi stamina.


“Saya akan jadi cepat penat, ada hari yang rasa macam nak baring sahaja jadi harus paksa diri untuk bangun, makan dan sebagainya.


“Sebab itu saya belajar muay thai dan boxing untuk membina kembali stamina. Bila ada masalah kesihatan, vokal juga harus saya perbaiki juga.


“Buat masa ini, saya hanya bergantung dengan ubat-ubatan, selain mengawal pemakanan seperti disarankan doktor,” jelasnya 


“Saya hanya akan dedahkan penyakit ini jika sudah bersedia. Saya faham, tetapi maaf, ada benda boleh kongsi, ada juga perkara yang harus saya simpan.


“Saya minta semua doakan saya sihat, kuat. Dalam hidup ini kita kena selalu ada doa. Apapun doa keluarga, peminat dan kawan juga itu satu rahmat serta berkat buat saya,” ujarnya.


“Kita harus positif dalam hidup, kena terus ke depan, kena gembira, ceria dalam kehidupan. Sebab itu saya sentiasa ceria, orang yang kenal saya memang tahu saya ini sangat ceria orangnya.

“Saya akan sehabis daya cuba untuk berfikir positif, saya juga sentiasa mempertahankan apa yang ada dalam kehidupan saya, kita kena tunjukkan yang terbaik,” ujarnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post