Azharina pilih Putera Muhammad

Azharina yang juga peserta Allstar Gegar Vaganza akan menyanyikan lagu Ku Tak bisa yang dipopularkan oleh Slank. Dia juga memilih Putera Muhammad untuk berduet dengan dirinya menyanyikan lagu tersebut.


Azharina pilih Putera Muhammad



Apabila ditanya kenapa memilih putera Muhammad sebagai gandingan duetnya, Azharina berkata; 


“Saya pilih lagu itu sebab itu adalah lagu yang boleh dinyanyikan beramai-ramai. Lagu orang-orang yang seusia dengan kita.


“Saya pilih Putera sebab cikgu saya iaitu cikgu Syafi yang cadangkan, seperti yang kita tahu dia memiliki suara serak serak basah itu,” katanya


“Jadi nanti kita tengoklah bagaimana kami akan mewarnai pentas duet dengan lagu tersebut sebab sebelum ini saya belum pernah jumpa Putera.


“Suara dia power! Saya tengok dia semasa Putera sertai program Big Stage 2023, suara dia sangat sangat bagus. Mudah mudahan kami berdua memberi. Insya-Allah,” ujarnya.

Previous Post Next Post