Aliff Aziz Tunjuk Kualiti Sebenar, Juara No 1 Minggu 8

 Selepas dua minggu berturut-turut mendapat komen pedas dari juri, Aliff Aziz berjaya membuat comeback dengan sempurna apabila menjadi juara minggu ke 8 Allstar Gegar Vaganza. 

Persembahan yang luar biasa dari Aliff berjaya memikat hati penonton dan juga para juri yang begitu tegas dalam memberi markah kepada semua peserta.


Aliff Aziz Tunjuk Kualiti Sebenar, Juara No 1 Minggu 8


Nampak sungguh yang aliff jadi lain gila minggu ini kan. memang seronok dan menghiburkan.

Percubaan ketiga Aliff Aziz membuahkan hasil


Tok Ram juga memilih lagu ini untuk Aliff untuk menguji kehebatan penyanyi Aliff Aziz selepas beberapa kali dan minggu Aliff agak strugle dengan lagu pilihan dirinya sendiri.


Namun Aliff membuktikan kehebatannya dengan menyanyi lagu Cek Mek Molek yang merupakan lagu nyanyian penyanyi lagenda Datuk M Daud Kilau.


Aliff memulakan persembahan di tengah-tengah tempat duduk penonton. Dari situ dia menarik perhatian penonton dan mendapat respon positif dan sorakan penonton tau.


Kemudian aliff menari dengan baik di atas pentas walaupun masih banyak keras-keras tetapi tetap menghiburkan semua.


Tok Ram juga tidak lepaskan peluang memberi komentar dan pujian kepada Aliff kerana berjaya membuat persembahan dengan sangat baik semalam.


Untuk rekod, Nikki Palikat hampir tersingkir minggu ini tetapi tidak disingkirkan kerana minggu ini tiada penyingkiran untuk para peserta.


PERSEMBAHAN ALIFF AZIZ CEK MEK MOLEK


Bagi yang terlepas persembahan semalam, boleh tonton lagu aliff aziz cek mek molek di bawah ini.



Post a Comment

Previous Post Next Post