Aliff Aziz Gagal ke Final, Tersingkir Pada Minggu 10

 Terkejut dan tak tahu nak cakap macam mana. Peserta yang di jangka akan ke final tidak melepasi suku akhir allstar gegar vaganza. Aliff Aziz tersingkir semalam.


Minggu ini Aliff mendapat lagu Cindai ddan juga lagu Gambus Jodoh yang dinyanyikan oleh Tan Sri P. Ramlee. Tetapi nyanyian Aliff tidak berjaya memikat hati juri.


Aliff Aziz Gagal ke Final, Tersingkir Pada Minggu 10



Malah Tok Ram sendiri komen yang persembahan aliff ketika rehearsel lebih baik daripada persembahan sebenar di hadapan penonton.


“Banyak error, banyak melodi yang tak sampai, sama juga dengan lagu Cindai, jadi melepet, banyak nafas, apa jadi dengan awak hari ini?


“Rasa macam banyak error, awak okay? Reherseal much much better. Okay Aliff thank you very much,” komenya.


Selepas namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir, Aliff Aziz mengucapkan terima kasih kepada semua dan dia berbangga dapat beraksi di pentas Allstar Gegar Vaganza walaupun hanya 10 minggu sahaja.


Aliff berkata; “Saya sangat berbesar hari diberi peluang untuk bertanding di pentas ASGV selama 10 minggu. Macam-macam saya dah belajar, terima kasih pada juri-juri juga.


“Kepada semua yang memberikan kata kata semangat pada saya, perjalanan kerjaya seni saya tidak akan berakhir di sini,” ujarnya.


--

Terima kasih Aliff atas segala persembahan yang telah dilakukan sepanjang 10 minggu dengan allstar gegar vaganza. Pasti bakat aliff tidak lagi di pandang enteng dan sudah pasti ia sangat dihargai oleh peminat-peminat aliff di luar sana.


Semoga terus sukses di luar sana menjadi penghibur yang dihormati. Good Luck Aliff!


Post a Comment

Previous Post Next Post