Zamani Tersingkir Pada Minggu ke 6 Allstar Gegar Vaganza 2023

 Selesai persembahan minggu ke 6 semalam untuk konsert allstar gegar vaganza 2023. Seorang peserta telah dipilih untuk meninggalkan konsert mingguan kali ini. 


Zamani Tersingkir Pada Minggu ke 6 Allstar Gegar Vaganza 2023


Peserta yang dimaksudkan itulah Zamani. Minggu ini zamani mendapat markah sikit berbanding peserta lain yang menyebabkan dia berada di kedudukan terakhir.

Dalam ucapan ringkas selepas pengumuman penyingkirannya, zamani berucap mengatakan;

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih pada juri-juri kita… dan pada semua penyokong, kru Gegar Vaganza, kalau saya ada buat apa-apa harap halal saja. Teruskan sokongan pada Gegar Vaganza,” katanya.

Zamani mempunyai latar belakang yang hebat dan kali ini dia menyertai allstar gegar vaganza selepas terpilih mendapat markah tertinggi dalam undian hot seat.

Sebelum ini juga ramai yang mempertikaikan keupayaan zamani dan kini dia terpaksa meninggalkan pentas allstar gegar vaganza 2023.

Terima kasih Zamani atas segala persembahan yang menghiburkan para peminat gegar vaganza musim ini dan semoga terus berjaya di luar sana. Anda memang seorang lagenda.

Post a Comment

Previous Post Next Post