Setiap musim, mesti akan ada isu daripada netizen yang mendakwa ada unsur pilih kasih dalam penjurian gegar vaganza memandangkan markah adalah 100% dari juri. Termasuk jugalah untuk Allstar gegar vaganza kali ini yang mana ada netizen yang mendakwa ada unsur pilih kasih dalam penjurian kali ini.
Untuk pengetahuan korang, musim ini kita ada 3 juri profesiional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. Mereka secara tegasnya menyatakan yang tidak ada unsur pilih kasih dalam pemberian markah kepada peserta musim ini.
Tok Ram menegaskan perkara tersebut dengan barkata; “No tidak, saya tak rasa wujud isu tentang pilih kasih,” katanya.
Tok Naz atau Datuk Syafinaz juga senada dengan barisan juri yang lain mengatakan pemberian markah di beri secara profesional mengikut skop tugas yang diberikan.
“Saya rasa komen kami mungkin berlapik tetapi tiada favoritism (pilih kasih). Kalau ada favoritism rasanya tak akan keluar semua bintang sampai akhir.
“Kami semua profesional dan bercakap benda yang benar, apa yang kami nampak. Kadang-kadang benda itu mungkin pada anda okay.
“Sebagai contoh bila saya komen menyanyi sharp, orang bersorak kerana mereka tidak faham apa yang kami maksudkan.
“Mungkin mereka anggap ia adalah satu pujian sedangkan tidak,” jelasnya.
Post a Comment