Tiada Penyingkiran Di Minggu ke 3 Allstar Gegar Vaganza. Selesai persembahan minggu ketiga untuk gegar vaganza 10 semalam. Keputusan sudah pun di buat dan pasti ramai yang terkejut kenapa tiada penyingkiran dilakukan sedangkan pada minggu kedua ada dua penyingkiran.

Sebelum itu, kita recap dulu persembahan para peserta minggu ini. Juara kita adalah Jaclyn victor yang berjaya membawa lagu Bole Cundiyan dengan baik. Dia juga mendapat pujian daripada penonton dan juga daripada barisan juri.


Tiada Penyingkiran Di Minggu ke 3 Allstar Gegar Vaganza



Peserta di tempat keddua adalah Liza Hanim. Beliau membawa lagu Pantun Janda dengan sangat baik. Ramai yang meminati suara dan cara pembawaan liza hanim pada minggu ini.


Secara keseluruhannya, Ayai berada di kedudukan paling bawah dan terselamat daripada penyingkiran. Ayai membawa lagu Donde dengan baik tetapi masih belum dapat memuaskan hati juri untuk dapat markah yang lebih baik.


Mungkin minggu depan akan ada dua penyingkiran seperti kebiasaan yang dilakukan pada musim-musim sebelum ini. Siapakah bakal di singkirkan nanti? Antara nama di bottom 5 adalah seperti Ezad Lazim, Azharina, Zamani dan lain-lain.


Jadi minggu hadapan minggu yang penting untuk para peserta disamping lagu duet yang mencabar mereka perlu menandingi artis jemputan yang sangat hebat. Harap tiada nama besar disingkirkan pada minggu depan.


Previous Post Next Post