Telefilem Peraturan

TELEFILEM PERATURAN mengisahkan tentang seorang pembunuh bersiri yang berleluasa tetapi mangsanya hanya orang yang melakukan kesalahan trafik. Kenapa pula jadi macam tu? adakah itu peraturan yang telah ditetapkan?


Telefilem Peraturan


Dibintangi pelakon hebat seperti Shukri Yahya, Fauzi Nawawi sebagai pelakon utamanya. 

Pelakon dan Sinopsis telefilem peraturan.

Telefilem ini kali pertama kali ditayangkan pada 5 Oktober 2019 dan akan diulang siarkan semula pada 28 Oktober 2023 ini. Ia masih ditayangkan di saluran Astro Citra tau. Karya arahan Feroz Kader. 

Barisan pelakon yang terlibat adalah sepertiShukri Yahya, Sara Ali, Shah Radhi Hazvee, Fauzi Nawawi, Fazlina Ahmad Daud, Dania Azmi, Meor Mohd

Sinopsis peraturan ini adalah mengisahkan tentang seorang pembunuh bersiri yang kejam. Tetapi dia hanya  memilih mangsa berdasarkan kesalahan trafik. Memang pelik modus operandi pembunuh ini. Hinggalah seorang anggota polis mula menghidu pergerakkannya dan cuba untuk menghalang pembunuh melakukan kesalahannya.

Pada masa yang sama polis ini dapat membongkar motif di sebalik kejadian ngeri ini. Dapatkah dia menghentikan kes ini? sama-sama kita tonton peraturan di astro citra.


Previous Post Next Post