Telefilem Aku Tak Gila

Hai korang, Dalam entri kali ni aku nak kongsikan mengenai Telefilem Aku Tak Gila yang bakal ditayangkan semula pada hari sabtu ini. telefilem yang berkisar mengenai penderaan fizikal dan mental yang dialmi seorang gadis selepas di culik.


Telefilem Aku Tak Gila



Info dan Pelakon Telefilem Aku Tak Gila

Cerita ini kali pertama ditayangkan pada 8 ogos 2020. Ia diarahkan oleh Jamal Khan dan skripnya ditulis oleh Rina Khan. waktu tayangan Telefilem Aku Tak Gila ini adalah pada jam 9 malam dan akan ditayangkan semula pada 14 oktober 2023 ini. 

Saluran tayangan di astro citra. Antara pelakon utamanya yang terlibat adalah seperti;

  • Zara Zya
  • Hasnul Rahmat
  • Zaefrul Nordin
  • Hairi Safwan
  • Puteri Rafasya
  • Azza Elite


Sinopsis Aku tak gila

telefilem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama balqis. Dia telah diculik dan diasingkan dari dunia luar selama 10 tahun. Sepanjang dalam tahanan dia didera secara fizikal dan juga mentalnya.

Akibat daripada didera itu, Balqis mengalami perubahan perwatakannya selain dia juga mengalami trauma yang buruk. Karakter balqis juga berubah-rubah dan dia dilihat mempunyai 4 karakter yaang berlainan dalam dirinya.

Sebab itu juga dia sering dianggap gila dan Balqis menafikan yang dia tidak gila. Bagaimanakah kesudahan hidup balqis yang tragis ini? sama-sama kita saksikan aku tak gila di saluran astro citra ya.


Post a Comment

Previous Post Next Post