Tak Capai KPI Punca Suki Low Tersingkir

Tak Capai KPI Punca Suki Low Tersingkir. itulah yang diluahkan oleh Suki Low selepas konsert Minggu kedua Gegar Vaganza allstar baru-baru ini. Suki tersingkir bersama dengan Cliff Umar selepas mendapat markah rendah dalam persembahan keseluruhan berbanding peserta lain.


Tak Capai KPI Punca Suki Low Tersingkir



Tak Capai KPI Punca Suki Low Tersingkir


Suki berkata; “Rasa tak puas lagi nak buat persembahan. Apa yang kurang pada persembahan itu datangnya dari saya, tidak ada benda lain yang dipersalahkan.

“Tok Ram pernah cakap pasal KPi. Semua juri tahu tentang kemampuan dan keupayaan kami di pentas. Jadi kalau tak capai KPI macam itulah jadinya.

“Terus terang saya cakap untuk konsert minggu ini i’m not at my best. Tak mengapalah. Ya saya kecewa dengan diri saya,” katanya.

“Kalau saya tengok kembali persembahan, saya rasa sini tak bagus situ tak bagus. Saya sebenarnya quite hard on my self bila menilai persembahan sendiri.

“Jadi saya jumpa banyak kesilapan pada persembahan, sudah tentulah saya akan rasa kecewa.

“Tapi saya melihatnya sebagai salah satu proses pembelajaran. Kita mesti sedar mana kesalahan kita sebelum kita boleh jadi lagi baik,” ujarnya.

“Tahun ini seperti yang kita tahu semuanya All Stars dan ekspektasi juri juga sangat tinggi sehinggakan perkara yang kecil juga diambil kira.

“Saya mengatakan perkara ini kerana kebiasaannya pada Sabtu kita akan ada sesi latihan penuh dan selepas itu Tok Ram akan memberikan komen.

“Sebagai contoh bagi tips. Tips untuk menambah baik persembahan dan daripada komennya saya pun dah boleh agak pertandingan tahun ini memang sengit.

“Tok Ram sampai kira menggunakan frekuensi kilohertz ya. Jadi kami sendiri tahu ekspektasi itu tinggi dan tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan,” jelasnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post