Sophia Albarakbah hadir konsert allstar gegar vaganza 2023

Ramai yang terkejut dengan kehadiran Sofia Albarakbah ke konsert allstar gegar vaganza 2023 pada ahad yang lalu. Ia berikutan kontroversi yang melandanya dan Aliff Aziz pernah menggegarkan industri pada tahun lepas.


Mengulas mengenai perkara tersebut, Aliff berkata "Dia datang bersama Aisha Retno kalau tak silap saya, jadi saya fikir ia satu persembahan terbuka yang mana sesiapa saja dapat datang. Takkan kita nak kata tak boleh datang.


Sophia Albarakbah hadir konsert allstar gegar vaganza 2023


"Mungkin dia datang untuk menyaksikan konsert, jadi tidak sesuai untuk saya mengulas mengenainya. Sebab ia akan membuatkan orang berspekulasi.


"Saya berada di atas pentas untuk menunaikan tanggungjawab saya menyanyikan lagu tugasan sebaik mungkin. Selebihnya bukan skop saya untuk bercakap. Saya tiada apa-apa komen," ujarnya kepada Gempak.


"Untuk saya tiba-tiba tak nak menyanyi hanya kerana hal (kehadiran Sophia) rasanya tidak masuk akal.


"Berbalik pada tugasan sebagai seorang peserta adalah untuk menyanyikan, selebihnya tentang siapa yang datang, siapa bawa siapa datang, untuk apa mereka datang, itu bukan sebahagian daripada perkara yang sepatutnya peserta fikirkan.


"Saya hanya perlu fokus, terutama untuk menyanyikan lagu Hetty, jadi itulah tugas saya. Kalau saya fikirkan tentang perkara lain, itu akan mengganggu konsentrasi persembahan saya," tambahnya.


"Sebenarnya agak tertekan untuk saya berada di kedudukan ini kerana ada perkara yang ingin saya buktikan kepada semua.


"Minggu kedua menyaksikan dua rakan terkeluar dan ia memberi satu impak besar kepada saya. Ia bagaikan satu mesej yang cukup jelas untuk lakukan lebih baik," tambahnya.



Post a Comment

Previous Post Next Post