Sebak Dengar Azharina Nyanyi Lagu Ayah

Ramai yang menitikkan air mata selepas menonton nyanyian Azharina untuk Lagu Ayah di konsert kedua allstar gegar vaganza 2023. Membuat persembahan yang terakhir, Azhariana berjaya menyentuh hati penonton sehinggakan mereka mengalirkan air mata mereka mengenangkan insan bernama ayah.

Nabil dan Bonda Hetty pun menangis ketika persembahan tersebut. Lagu Ayah merupakan karya penyanyi Rinto Harahap.


Sebak Dengar Azharina Nyanyi Lagu Ayah


Sementara Itu bonda hetty berkata dia menangis kerana teringat kenangan dengan ayahnya sewaktu dia tinggal di Malaysia dan mahu melahirkan salah seorang anaknya. kejadian berlaku kira-kira 30 tahun yang lalu.

“Memang menyanyi untuk diri sendiri mudah tetapi menyanyi untuk penonton, juri sampai ke lubuk hati tak mudah dan kamu berhasil,”

Bonda juga berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan oleh Azharina. Sementara itu penyanyi berkenaan turut mengimbau kenangan bersama dengan bapa nya dan datuknya ketika menyanyikan lagu ini.

Azharina berkata sambil mengesat air matanya ; “Tak ada ke lagu berjudul nenek ke, apa ke, ini (Ayah), dekat sangat,” katanya sambil menyeka air mata.

Minggu ini juga kita lihat azharina berada di kedudukan kedua dalam markah keselurhan pesertta allstar gv 2023 ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post