" saya cakap sekali sudah " - Liza Hanim
Isu netizen kutuk rupa paras Liza Hanim dianggap selesai apabila Liza sendiri mengatakan dia hanya cakap sekali sahaja agar individu berkenaan insaf dan tidak mengulangi perkara demikian. Minggu pertama Liza hanim mendapat kecaman dariipada individu netizen mengenai rupa parasnya dan liza hanim juga sudah bersuara mengenai perkara tersebut.
Kemudian, Liza juga bercakap kepada media selepas konsert allstar gegar vaganza minggu 2 baru-baru ini, Liza hanim berkata;
“Tidak, saya cakap sekali sudah. Dia (individu yang mengutuk rupa paras Liza) dah goyang sebenarnya. Jadi, cukuplah cakap sekali sahaja dan dia ambil iktibar.
“Saya dah kena benda ni sejak mula-mula bergelar penyanyi sekitar 20 tahun lalu. Alhamdulillah, saya dididik dan dibesarkan dalam keluarga yang cukup dengan kasih sayang, yang sokong antara satu dengan lain.
“Walaupun saya tahu dalam standard manusia, saya tidak mempunyai look beauty queen, dan kita bukannya nak masuk ratu cantik… saya rasa apa yang saya ada ini cukup. Alhamdulillah,” katanya kepada Gempak.
“Macam saya, saya positif. Saya tolak sahaja. Namun, bayangkan kalau orang yang terkena itu mempunyai masalah kesihatan mental yang seterusnya trigger anoreksia, self-harming atau suicidal. Bayangkan kalau perkara yang berlaku pada saya berlaku pada mereka?
“Jadi, saya rasa saya berada di posisi dan usia yang sesuai untuk bercakap tentang hal ini supaya jangan menghakimi orang berdasarkan paras rupa. Hakimi artis berdasarkan bakat.
“Jangan jadi manusia tidak bertanggungjawab yang kalau sudah cakap sesuatu kemudian menyorok di belakang,” katanya lagi.
Post a Comment