Persembahan Ayai Dapat Pujian

Walaupun sudah beberrapa hari berlalu, persembahan Ayaii dan Datuk M. Nasir di pentas minggu ke 4 allstar gegar vaganza seperti tidak boleh dilupakan. 


Persembahan Ayai Dapat Pujian


Persembahan ini juga mendapat pujian dari juri dan juga mendapat standing oviation daripada penonton di dalam dewan berkenaan. Ayai berduet dengan Datuk M Nasir menyanyikan lagu Raikan Cinta.

Ditambah pula dengan komen positif dari ketiga-tiga orang juri menceriakan lagi malam bermakna buat Ayai dan peminatnya.

Kata tok ram : 

“Saya selalu pesan elakkan duet bersama Allahyarham Sudirman dan Datuk M.Nasir. Tapi malam ini menjadi,” 

Manakala sahut Syafinaz; “This is the perfect duet so far.”

Hetty turut memuji persembahan Ayai dan M. Nasir dengan memberikan tiga inisial M.

“Melengkapi, mengalir seperti air di sungai dan mantap,” pujinya.

--

Persembahan ini sangat berwarna warni dan yang paling penting ia hidup. Percaturan Ayai memilih M. Nasir sebagai duet memang berbaloi.

Hasilnya, dia mendapat tempat ke 3 keseluruhan berbanding di tempat yang tercorot pada mingggu ke 3 yang lalu.


Post a Comment

Previous Post Next Post