Naqiu Infaq Separuh Duit Juara GV6

Seperti kita tahu, Musim ke 6 Gegar Vaganza dahulu kita mempunyai dua juara yang dipilih. Mereka adalah Naqiu dan juga Hady Mirza. Sebenarnya masing-masing menerima jumlah duit kemenangan yang sama bukan di bahagi dua ya. Maksudnya mereka memenangi RM 100,000 hasil kemenangan mereka itu.


Naqiu Infaq Separuh Duit Juara GV6


Baru-baru ini, Naqiu mendedahkan yang dia menggunakan duit kemenangan itu untuk membantu rakyat Malaysia yang mengalami kesusahan ketika situasi pandemik yang melanda ketika itu. Naqiu membantu golongan-golongan yang memerlukan dengan menggunakan duit kemenangan tersebut.


Naqiu berkata;  


"Sebenarnya separuh daripada duit kemenangan itu saya infaqkan sebab ketika itu PKP, ramai orang dalam kesusahan.


"Tapi saya bukan jenis yang pergi ke lokasi tertentu, saya ambil nombor akaun saya transfer," ujarnya ketika ditemubual untuk segmen Pintu Belakang All Stars Gegar Vaganza.


Selain itu, media juga bertanyakan mengenai sejauh mana dia boleh pergi dalam Allstar Gegar Vaganza kali ini dan dia berkata "Saya tak yakin tapi saya akan cuba, dapat tak dapat itu belakang cerita. Kalau tak cuba tak tahu."


Naqiu bersama-sama dengan 15 peserta lain beraksi dalam gv10 kali ini bagi merebut gelaran juara antara juara. Siapakah bakal di nobatkan sebagai juara tersebut? Sama-sama kita nantikan sehingga final ya.


Previous Post Next Post