" masih nak menipu " kata Bella Astillah Kepada Sophia Albarakbah

Kehadiran Sophia Albarakbah ke konsert allstar gegar vaganza minggu lepas memang tidak menyenangkan isteri kepada Aliff aziz iaitu bella astillah. Dia juga mendakwa Sophia membuat kenyataan palsu mengenai tujuan kehadirannya ke kosnert tersebut.


" masih nak menipu " kata Bella Astillah Kepada Sophia Albarakbah



Bella Astillah mendakwa sophia menipu wartawan dan dia juga mengatakan yang nama sophia tiada dalam senarai guest list untuk minggu ini.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial bella berkata “Ya Allah masih nak menipu stay lepas liza hanim? Serius la dia ni. Dahlah nama tak ada dalam guest list. Dan kemudian lepas Aliff habis saja menyanyi dia terus gerak balik.

“Dahlah duduk depan wartawan, lepas itu nak menipu lagi,” dedah Bella.

“Haih tapi tak hairanlah dia ni dah biasa menipu dan putar belit,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Sophia telah buat kenyataan menjelaskan kehadirannya ke konsert berkenaan hanya untuk memberi sokongan kepada sepupunya Aisha Retno yang membuat persembahan di slot GV Live+. Dia juga menegaskan kehadirannya itu tidak ada kena mengena dengan ALiff Aziz.

Sebelum ini Sophia dan Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan cinta ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.


Post a Comment

Previous Post Next Post