KJ jadi Pelakon Pak Mat Western?

Dalam posting terbaru bekas menteri kesihatan kita, Khairy Jamaluddin di Instagram miliknya melihatkan bekas menteri ini mula berlakon.

Ia jelas nampak KJ berlakun dalam satu short video untuk Pak Mat Western tau. Dalam video tu juga kita nampak KJ berlakon sebagai penghantar makanan atau rider.


KJ jadi Pelakon Pak Mat Western?



Aku yang mula tengok pun rasa geli hati tapi mungkin KJ atau lebih mesra dipaanggil chip mahu mencuba sesuatu yang baru selepas gagal memenangi pilihan raya ke 15 baru-baru ini. 

Korang boleh tengoklah aksi tak kekok KJ sebagai pelakon dan ada juga element-elemen komedi juga. Kiranya ada punchline-punchline yang dia bagi.


Yang menariknya adalah komen yang diberikan netizen yang mengatakan selepas ini Remy ishak tak leh cari makan dah. Dan ada juga yang tidak kisah bayar lebih jika KJ sendiri yang menghantar pak mat western tu sendiri di rumah mereka.


 

Memang serba boleh KJ ni. Dari Ahli Parlimen menjadi menteri. Kemudian menjadi penyampai radio dan terbaru menjadi pelakon. 

Tapi sebenarnya ramai yang tak sabar nak tengok KJ buat comeback sebagai menteri dan sudah pasti khidmatnya diperlukan dalam memacu negara kearah yang lebih baik.

Apa-apa pun good job KJ!

Previous Post Next Post