Kenapa Zamani Tak Tersingkir? Ini Jawapan Tok Ram

Sejak pengumuman siapa yang keluar minggu ini dari konsert gegar vaganza allstar, ramai netizen mempersoalkan kenapa zamani tidak tersingkir. Mereka membandingkan persembahan Ayai yang lebih baik daripada Zamani dalam konsert semalam.

Tampil menjelaskan kepada media, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dikenali sebagai tok ram menjelaskan punca zamani tak tersingkir adalah kerana genre lagu nyanyiannya semalam. 


Kenapa Zamani Tak Tersingkir? Ini Jawapan Tok Ram


Ayai menyanyikan lagu Pusara di lebuh raya nyanyian asal ekamatra tidak dapat menawan hati juri minggu ini.

Tok ram berkata ;“Saya tolak markah Ayai, Azharina pun saya tolak. Penyanyi bila ada masalah berkaitan dengan monitor telinga (ear monitor) sudah semestinya ada cara yang boleh menghindarkan perkara itu berlaku secara profesional.

“Kalau melihat daripada markah juri yang bagi, saya semak siapa yang terkeluar. Zamani kelebihannya adalah dia menyanyikan lagu yang bukan genre dia, dia lawan arus. Itu pertandingan,” jelasnya.

“Contoh Ayai dan ada beberapa lagi bintang yang menyanyi lagu genre sendiri tetapi tidak seperti Naqiu.

“Naqiu bila dia menyanyi, ya memang genre dia tetapi dia perform. Ayai menyanyi lagu genre dia, Ezad juga sama, namun mereka play safe tetapi tidak perform,” ujarnya.

--

Setiap minggu pasti akan ada komentar sebegini dengan nada tidak puas hati dalam kalangan penonton kan. terutamanya peminat peserta yang tersingkir.

Mungkin ia juga dari sudut pandang penonton yang perlu diterima dalam pemarkahan para pesert selepas ini? kita tidak tahu. tetapi juri-juri sudah buat yang terbaik.

Markah para peserta pula dihimpunkan dari kalangan  juri bukanlah kerana seorang sahaja yang memberi markah. jadi bila dicampur semua yang terendah akan tersingkir.

Harap semua persoalan terjawab untuk kenapa zamani tak tersingkir minggu ini. Kita jumpa lagi pada minggu hadapan pula. tak sabar nak tengok persembahan diorang lagi kan.


Post a Comment

Previous Post Next Post