Jangan salah faham, Tok Ram memang macam tu jelas Kak Lina Pom Pom

Salah seorang pengacara allstar gegar vaganza 2023, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina memberi nasihat kepada penonton dan netizen di luar sana supaya tidak salah faham dengan gurauan yang diberikan oleh Ketua Juri, Datuk Ramli Ms ketika konsert berlangsung.


Kata kak lina, Tok Ram memang macam tu tetapi dalam TV sahaja. hakikatnya di luar memang rapat dengan mereka.


Jangan salah faham, Tok Ram memang macam tu jelas Kak Lina Pom Pom

“Semua orang jangan salah faham, Tok Ram memang macam tu. Dekat TV kami memang nampak begitu.


“Tapi dekat luar kami sangat rapat. Saya pun ada baca yang orang ada salahkan Tok Ram. Bukan, Tok Ram sebenarnya bergurau.


“Benda ini kena begitu, perlu ada warna sebab rancangan hiburan, kalau tak ada warna akan jadi suram,” katanya kepada Gempak.


“Saya seronok tapi ialah kadang-kadang tu rasa macam apa lagi perlu dilakukan untuk seterusnya. Tapi kita ada Nabil ada Jihan, mereka berdua orang kuat GV.


“Mereka banyak sangat membantu saya, jadi untuk peminat Jihan, jangan risau, kita sama-sama cari rezeki l,” ujarnya.




Previous Post Next Post