Jangan Perli- Perli kata Kak Lina Pom Pom

Sudah masuk minggu kedua allstar gegar vaganza 2023, masih ramai yang memberi komen negatif terhadap pengacaraan Elly Mazlein dalam musim ini. Tapi sebenarnya bagi aku, dah ok sangat dah cara yang dibawa oleh kak lina pom pom ini kepada penonton gegar vaganza kali ini.

Biasalah, lain orang maka lainlah caranya. Masing-masing ada kekuatan masing-masing. Cumanya aku boleh cakap masih terlalu awal untuk menilainya sebab masih ada 10 minggu kehadapan untuk kia tonton siaran gv kali ini.


Jangan Perli- Perli kata Kak Lina Pom Pom


Apasalahnya kita bagi kak lina peluang. betul tak? Ketika ditanya oleh media selepas konsert minggu kedua baru-baru ini. Elly Mazlein berkata yang dia tahu ramai yang komen tak suka dengan pengacaraannya dan dia cuba perbaiki yang mana boleh supaya dapat memuaskan hati penonton.


Kak Lina juga berkata; “Sepatutnya… tak salah beri pendapat. Tapi, jangan baling batu sembunyi tangan. Jangan perli-perli.

“Perkara ini saya lihat sangat tidak matang, seperti budak tadika. Budak tadika sekarang pun dah pandai berterus terang. Jadi, adakah level dia sama seperti budak tadika?

“Jadi, saya harap, kalau dia rasa atau dia tidak puas hati ke apa, pada saya, dia kena hormati rancangan orang,” katanya kepada Gempak.

“Ramai yang cakap itu ini tentang cara saya mengendalikan GV, tapi ada juga yang memahami, siap cakap berikan peluang.

“Jadi hari ini (semalam) dah nampak kemas dan boleh gel. Tapi apa pun, terima kasih sebab beri pendapat. Kalau tanya saya, saya sentiasa ok,” katanya lagi.


Post a Comment

Previous Post Next Post