Dua Peserta Tersingkir dari Allstar Gegar Vaganza Minggu 2

 Dua Peserta Tersingkir dari Allstar Gegar Vaganza Minggu 2. Selesai persembahan minggu kedua semalam. Ramai peminat gegar vaganza berpuas hati dengan persembahan para peserta minggu ini. Namun kita terpaksa akur dengan kehendak produksi yang menyingkirkan dua peserta sekali gus.


Peserta yang tersingkir dari Allstar gegar vaganza kali ini adalah Suki Low dan juga Cliff Umar. Mereka mendapat markah terendah untuk minggu ini.


Dua Peserta Tersingkir dari Allstar Gegar Vaganza Minggu 2



Suki hanya mendapat markah 56.25% selepas menyanyikan lagu Tak Ingin Usai. Manakala Cliff Umar pula mendapat markah 53.25% dengan menyanyikan lagu Laskar Pelangi.


Tak dapatlah nak tengok persembahan mereka lagi selepas ini. Kita tahu yang kali ini para peserta memang hebat-hebat belaka dan sudah pasti siapa yang tersingkir juga merupakan peserta yang hebat juga.


Jadi tak perlu bersedih lama-lama kerana anda juga hebat. Semoga Suki dan Cliff terus sukses dalam dunia seni di luar sana dan terus kekal dalam dunia seni kita ni ya.


GV ALLSTAR kali ini menampilkan 16 peserta berbanding hanya 12 peserta dalam musim-musim sebelum ini. Jadi dengan ramainya peserta kita di sajikan dengan banyak persembahan menarik dari mereka.


Jangan lupa untuk konsert minggu ke 3 pula nanti.



Post a Comment

Previous Post Next Post