Drama Surat Dari Tuhan

Drama terbaru, Surat Dari Tuhan sedang hangat ditayangkan tidak lama lagi. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Janna Nick dan Ummi Nazeera.  Pengambaran drama ini sudah bermula sejak awal tahun ini dan akhirnya selesai dan akan ditayangkan untuk tatapan penonton.


Drama Surat Dari Tuhan


Gandingan pelakon kali ini nampak lain dari yang lain. Mesti jalan cerita ni best dan penuh perasaan kan. Hanya mempunyai 30 episod, drama ini mengambil slot samarinda di tv3.

Sinopsis Surat Dari Tuhan

Drama ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang wanita yang dianiaya oleh orang terdekatnya. Memang sedih tau cerita ni. 

Info dan Pelakon

Kali ini drama surat dari tuhan ini ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga khamis. Kali pertama ditayangkan adalah pada  Oktober 2023 yang lalu.

Drama ini juga ditulis skripnya oleh Rozie Rashid & Soula Nordin. Surat dari tuhan diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya). Antara watak dan pelakon yang terlibat adalah Shukri Yahaya sebagai Ryan, Janna Nick sebagai Misha, Ummi Nazeera sebagai Suzana

Selain itu, kita juga ada pelakon lain yang terlibat adalah seperti Wanns Ahmad sebagai Uzair, Trisha Ooi, Sheila Hassan, Balkisyh Semundur Khan, Qistina Raisah, Shahidan Izwan, Qayra El, Meor Mohd, Nik Ramly Rejab dan Arash Mohd


Previous Post Next Post