Drama GV yang Paling di tunggu tunggu- Nabil Ahmad

Kita tahu rancangan gegar vaganza merupakan rancangan No 1 di Malaysia. Kelebihan gegar vaganza juga bukanlah semata-mata konten mereka tetapi juga adalah kerana buah mulut peminatnya yang sentiasa dahaga info berkaitan program ini menjadikan ia lebih menarik. 

Sebab itu jugalah rancangan ini menjadi sebuttan dan fokus peminat hiburan ttempatan berbanding rancangan hiburan lain.

Drama GV yang Paling di tunggu tunggu- Nabil Ahmad

Nabil ahmad yang juga pengacara allstar gegar vaganza beranggapan yang program ini merupakan salah satu program yang dinantikan dan diterima oleh rakyat Malaysia. 

Bercakap kepada gempak.com, Nabil berkata

“Drama dalam GV merupakan satu hal yang orang tunggu-tunggu. Dalam ‘terma’ bisnes, saya rasa GV merupakan satu show yang berjaya. Ia buat orang bercakap dan nak tengok serta menunggu konsert yang akan datang.

“Nak dapat satu show yang orang begini, tarik perhatian penonon dari minggu ke minggu… kita patut duduk dalam kategori bersyukur. Apa-apa pun, any publicity is a good publicity,” katanya 

“Kita di televisyen perlu bersaing dengan TikTok dan platform media sosial lain. Contohnya, TikTok tampilkan video 15 saat… tempoh tersebut terlalu pantas (untuk disaingi).

“Jadi, saya ok kalau orang panggil saya Pakar Content kalau show seperti GV dapat buat penonton duduk layan dan sembang tentangnya selepas itu,” katanya lagi.

--

Aku pun dah tengok gv ni dari musim kedua lagi. setiap musim aku boleh katakan yang drama yang berlaku di atas pentas itu menjadi bahan untuk GV ini sentiasa hidup menantikan minggu seterusnya. Sebab itulah pengacara dan peserta dan juri juga memainkan peranan bagi menaikkan lagi rating program ini.

Bukan senang untuk mendapatkan hasil seperti sekarang ini. Kena telan maki hamun dan sebagainya.


Post a Comment

Previous Post Next Post