Drama Bukan Sekadar Lafaz

Drama terbaru di TV3, Bukan sekadar Lafaz yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Alif Satar dan Wanna Ali sebagai peneraju utama mereka. Sebenarnya drama ini antara drama yang dinantikan oleh peminat drama di Malaysia kerana barisan pelakon yang hebat belaka ni.


Drama Bukan Sekadar Lafaz


Sinopsis Drama Bukan Sekadar Lafaz

drama bukan sekadar lafaz ini mengisahkan seorang wanita bernama Syikin. Dia bekerja di sebuah kafe terkemuka. Tetapi di kafe berkenaan dia terpaksa bekerja dengan kawan lamanya yang kini sudah menjadi supervisor di kedai berkenaan. Hud adalah sahabat  lama syikin yang di maksudkan itu.

Mulalah kenangan mereka muncul kembali. Hud sememangnya menyukai syikin ttetapi dia hanya simpan dalam hati. Syikin pula kini rapat dengan Dr Firman. 

Aein yang merupakan adik ttiri kepada Dr Firman tertarik dengan abang tirinya itu sendiri. Dia mula cemburu apabila Syikin rapat dengan Firman. 

Disebabkan sikap jahat Aein, dia membuat perangkap untuk Syikin dan mengena!


Drama Bukan Sekadar Lafaz


Tuan Zaman marah dan dia paksa SYikin berkahwin dengan Firman. tetapi firman tidak mahu. Lalu datanglah hero malaya bernama Hud yang sanggup berkahwin dengan Syikin demi menjaga maruah keluarga syikin.

Dapatkah Syikin menerima keputusan Hud itu atau akan ada perubahan jalan cerita nanti? Sama-sama kita nantikan.


Info dan Pelakon Drama Bukan Sekadar Lafaz.

Drama ini mempunyai 20 episod dan mula ditayangkan sejak 17 oktober 2023 yang lalu. Drama bukan sekadar lafaz ini ditayangkan di slot akasia pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam.

Antara barisan pelakon bukan sekadar lafaz adalah seperti;


  • Alif Satar sebagai Hud @ Hudzaifah

  • Wanna Ali sebagai Syikin @ Asyikin Zaman

  • Yuna Rahim sebagai Aein

  • Malek Mccrone sebagai Firman

  • Ahmad Idham sebagai Tuan Zaman

  • Wanns Ahmad sebagai Khalid

  • Razzuan Rosli sebagai Wafie

  • Mia Nasir sebagai Lufya

  • Watie Elite

  • Maya Jaafar

  • Kuza

Penutup

Jalan cerita drama ini mungkin nampak sama dengan cerita-dulu-dulu tetapi pembawaan dia memang lain daripada lain. Ditambah pula dengan gandingan pelakon hebat dalam drama ini menjadikan ia antara drama yang kena tonton untuk bulan ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama ini di tv3. 


Post a Comment

Previous Post Next Post