Cerekarama Batu Nisan Ibu

Cerekarama menarik, Batu Nisan Ibu yang mengisahkan seorang anak mahu membeli batu nisan untuk ibunya yang telah meninggal dunia namun dihalang oleh datuknya sendiri. Nak tahu sebab apa dia tak letak batu nisan tu? 


Cerekarama Batu Nisan Ibu



Antara pelakon utama dalam telefilem ini adalah Redza Rosli dan Nabila Huda. Cerita ini memang menarik dan banyak bagi pengajaran buat kita semua.


Sinopsis Batu Nisan Ibu


Bermula dengan kisah mahu meletakkan batu nisan di pusara ibunya sebuah rahsia terbongkar. Kisahnya bermula dengan seorang gadis bernama Ana yang mengandung anak luar nikah kerana terlanjur. 


Ayahnya sangat marah dan menghalaunya dari rumah` Ana tinggal dengan suaminya badrul di sebuah rumah di pinggir bandar. Karakter badrul ini sangat buruk kerana dia suka berpoya-poya dan menlarikan diri dari rumah ketika anak mereka sudah berusia 9 tahun.


Kehidupan Ana berubah selepas itu. Namun berita sedih berlaku apabila Ana meninggal dunia. Anak mereka bernama Rina di jaga oleh Bapa ana bernama Pak Ali. Setelah beberapa tahun, Pusara Ana tidak terurus dan tidak mempunyai batu nisan.


Rina sebagai anak dia mahu meletakkan batu nisan di kubur ibunya itu. Namun dihalang oleh Datuknya. Ia kerana Pak Ali tidak mahu penduduk kampung mengetahui yang anaknya dikebumikan di dalam kampung itu kerana malu dengan kelakuan si anaknya.


Apakah kesudahan cerita Rina dan juga Pak Ali? Dapatkah dia memujuk pak ali untuk meletakkan batu nissan ibunya di pusara tersebut? sama-sama kita saksikan.


Info dan Pelakon 


Telefilem batu nissan ibu ini kali pertama di tayangkan adalah pada hari inin jam 10 malam pada tarikh 4 Julai 2016. Ia akan diulang siarkan pada 14 Oktober 2023 ini di slot cerekarama. Ia juga merupakan karya arahan Murali Abdullah dan skripnya di tulis oleh Ahmad Hamdan.


Baisan pelakon yang terlibat terdiri daripada

  • Redza Rosli
  • Nabila Huda
  • Alleeya
  • Ayu Raudah
  • Dato Rahim Razali
  • Balkisyh Semundur Khan

Penutup

Cerekarama ini banyak beri kesan kepada penonton kerana jalan ceritanya yang menginsafkan dan memberi pengajaran kepada kita semua. Bagi yang belum tengok lagi, jangan lupa untuk tonton semula pada hari sabtu ini di saluran TV3.


Post a Comment

Previous Post Next Post