Cerekarama Auta

Malam ini, Cerekarama Auta yang berkisar tentang seorang pemuda yang malas berekerja tetapi mempunyai hati dengan seorang wanita. Sejak itu dia mula menari jalan untuk mengahwini wanita berkenaan. telefilem ini dilakonkan oleh Shukri Yahaya dan Nad Zainal dan ditayangkan di slot cerekarama. Siapa yang auta dalam cerita ni? pemuda tu atau wanita itu?


Cerekarama Auta


Sinopsis Auta

cerekarama auta mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Nizam. Karakter dia ni memang buatkan anda geram. Dia ni dah lah pemalas dan tidak bekerja tetapi minat dengan seorang wanitta. 

Kelebihan Nizam ni dia rajin dengar ceramah dan seorang yang pandai agama. 

Nak dijadikan cerita. Wanita yang diminnati nizam itu bernama faridah. Ibu faridah bernama Salmah. Dia berharap agar nizam dapat tolong untuk ubah perangai suaminya yang bernama sulaiman yang malas solat kepada rajin bersolat.

Akhirnya, Nizam pun berkahwin dengan Faridah. Selepas beberapa bulan, Nizam masih belum mahu bekerja sehinggakan menimbulkan rasa malu dalam hati faridah. Bapanya pula makin marah kerana terpaksa tanggung mereka berdua.

Hujah auta Nizam selalu menggunakan ayat alquran dan Hadis. Faridah nekad untuk mencari hadis bagi menyedarkan nizam. Maka berlakulah perdebatan mereka berdua. akhirnya Faridah tidak membenarkan Nizam masuk ke bilik tidur mereka juga dengan menggunakan hadis.

Faridah meminta pertolongan ustaz aziz untuk menyedarkan Nizam tetapi masih sama juga. satu hari faridah berpakat dengan ibunya untuk berpura-pura terlibat dalam kemalangan dengan harapan nizam akan berubah. tetapi tidak.

Akhirnya faridah mangambil keputusan untuk bercerai dengan nizam. apa agaknya yang akan dilakukan oleh nizam selepas ini? sama-sama kita nantikan.

Info dan Pelakon 

Berikut merupakan info dan pelakon cerekarama auta yang perlu anda tahu.

Kali pertama ia ditayangkan adalah pada hari Sabtu, 16 aprli 2016 tau. Ia ditayangkan di slot yang sama di saluran TV3. Karya ini diarahkan oleh Dato' Jurey Latiff Rosli.

Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah seperti

  • Shukri Yahaya sebagai Nizam

  • Nad Zainal sebagai Faridah

  • Delimawati sebagai Salmah

  • Mubarak Majid sebagai Sulaiman

  • Balkisyh Semundur Khan

  • Rosli Rahman Adam

  • Zarina Md Nor

  • Da’i Hijrah

Kalau korang dah tengok cerita ni mesti korang dah tahu ending diakan. kalau belum, pastikan korang tonton semula dalam slot cerekarama yang akan ditayangkan pada 7.10.2023 ini ya. Yang pasti, korang akan mendapat input dan pengajaran berguna dari cerita ini. 

Selamat menonton.


Previous Post Next Post